Wednesday, February 25, 2015

Aku Mendefinisikan "Falsafah"

1. Mendefinisikan apa itu "falsafah" sebenarnya agak mudah, cuma apabila 'stereotaip' umum bahawa falsafah itu tentang cakap berbelit-belit, maka memang sukar untuk memahaminya kerana mindset tersebut sudah melekat ( seperti salah anggap bahawa hamburger adalah burger berintikan pork sedangkan nama tersebut dibawa oleh immigran German yang berasal dari bandar Hamburg ke US dan dinamakan 'hamburger steak' untuk penjenamaan asalnya kemudian diringkaskan kepada 'hamburger' sahaja. And yes, typically hamburger dari dulu asalnya mmg inti BEEF shj. )

2. Falsafah berdiri di antara objektif dan subjektif. Tak faham? Baiklah, consider these statements, "1+1=2" dan "Bumi hanya ada satu bulan". Ini adalah fakta @ matters of fact @ objektif. Tiada siapa boleh membantah fakta ini kerana logiknya memang 1+1=2, mana boleh jadi 3, 4 atau 5.

3. Subjektif pula sesuatu yang debateable tapi solely in form of preference @ matters of taste. Selalu dengar artis kat tv cakap 'cantik itu subjektif'. Kalau aku tanya, Emma Maembong ke Nelydia Senrose lagi lawa? Haa, mula la masing2 gaduh pertahankan artis yg mereka minatlah paling lawa etc. Kalau pegi KFC, ada orang suka sos cili, ada orang suka sos tomato. Apa sebabnya suka? Masing2 ada preference mereka sendiri dan Masing2 ada preference mereka sendiri dan Preference ini tiada sebab saintifik dan masing2 ada preference mereka sendiri kerana ianya... natural instinct dan pendapat 'perasaan' masing2.

4. Maka, falsafah berdiri di antara '1+1=2' dan 'Aku suka sos cili'. Falsafah itu adalah menjustifikasikan sesuatu perkara tapi tak semestinya ianya betul. Buktinya, perbahasan Socrates berkaitan existential theme ( sistem keadilan misalnya) di hadapan rakyat Athens dahulu masih dibahaskan sehingga sekarang, kerana apa? Kerana tiada jawapan yang konkrit tentang bagaimana sistem keadilan yang betul2 adil kepada semua orang dapat dibina, we humans, only can debate about it and find the best way for everyone, not absolute way to tackle the problem.

5. Apa signifikannya falsafah? Contoh paling mudah, jika statement ini, "Monarki adalah sistem pemerintahan paling tepat untuk mana2 negara" adalah fakta. Maka semua negara, termasuk yang kita ketahui hari ini sebagai republik ( fyi republik lebih kurang berlawanan dengan monarki) contohnya Indonesia dan Singapura akan bertukar kepada monarki. Tetapi ini tidak berlaku, kerana tak kisahlah monarki atau anarki, semua sistem pemerintahan ada kelebihan dan kelemahan. Tiada jawapan yang konkrit untuk memberitahu mana yang betul atau salah.

6. Mungkin contoh tadi agak berat, untuk contoh lebih simple. Kita boleh berfalsafah tentang "Apa itu kehidupan yang bahagia?". Contoh 2 jawapan yang mungkin diberi :
A) bahagia bila ada kemewahan, jawatan besar
B) hidup sederhana asalkan keluarga tak terabai.
Di sini, ianya bukan subjektif kerana masing2 cuba defend pendapat mereka dengan value yang mereka rasa penting, bukannya ikut perasaan semata-mata. Nilai yang A) cuba katakan adalah dengan duit, tak perlu susah payah nak sara hidup manakala B) cuba mengatakan nilai kasih sayang tak mampu dibeli dengan duit. Mana satu yang betul? Tiada jawapannya kerana masing2 akan berhujah dengan nilai yang mereka percaya.

7. Dan pemahaman falsafah dalam post ini juga boleh dipertikaikan, kerana definisi falsafah sendiri 'falsafah' @ universal. Ini cuma adalah serpihan apa yang aku faham dan cuba untuk sampaikan. Untuk argue semula keenam-enam point di atas, silakan, dan kita akan berfalsafah tentang falsafah.

*"Hari ini macam mendung, sambil aku memutar cd Beethoven Claasical Music, aku merenung kosong ke arah lautan manusia di luar tingkap. Opss, maafkan saya warga fb, tiba2 nak berfalsafah hari ni..." Dialog ini sepanjang kefahaman aku bukan falsafah,,

Tuesday, February 24, 2015

Dunia Si Pembaca Itu Senyap Namun Sesak

Tak semua orang yang rajin membaca mampu memuntahkan kembali hasil pembacaan mereka atau menjawab persoalan yang khusus terhadap sesuatu perkara pasca bacaan buku terhadap perkara tersebut. Bagi aku, nilai pembacaan tidak seharusnya diukur dari sudut literal, iaitu copy paste semula ayat dalam buku.

Membaca mencipta kesedaran. Dan kesedaran itu terkumpul dalam minda, bukan kata-kata. Kenapa selalu kita lihat orang men-quote-kan kata-kata tokoh terkenal? Untuk menjawab soalan ini juga aku memetik kata-kata Bak Bugil melalui buku The Reverse Side of Life, "...to say that the author of the book was Joyce means that I am borrowing from James Joyce to say something. It's not through reading Joyce that I realized that the world was a nightmare. This means that before I even knew of Joyce I was already aware that my life in this world was nothing but an agonizing nightmare. It's not that I borrow from James Joyce to utter my words, but rather that I discovered my words in James Joyce. He had spoken before me, in my stead"

Maka, seorang pembaca itu mungkin pendiam namun di kepalanya sebenarnya penuh dengan idea cuma mungkin sukar diterjemahkan dalam perkataan sendiri. Sekurang-kurangnya, katalah dia terjumpa satu terma, "Consumer Power" dalam buku A yang menjelaskan definisinya, maka apabila dia membaca buku B yang menyertakan terma yang sama, tak perlulah dia terhegeh2 google maksud atau tergaru2 cuba memahami apa yg ingin disampaikan penulis buku B.

Dan pembaca yang baik akan memahami bahawa meskipun faham akan isu, tetapi kerana tidak mampu mencari perkataan untuk meluahkan pendapat, adalah lebih baik diam dari menimbulkan lebih banyak kekeliruan.
Powered by Blogger.