Tuesday, February 24, 2015

Dunia Si Pembaca Itu Senyap Namun Sesak

Tak semua orang yang rajin membaca mampu memuntahkan kembali hasil pembacaan mereka atau menjawab persoalan yang khusus terhadap sesuatu perkara pasca bacaan buku terhadap perkara tersebut. Bagi aku, nilai pembacaan tidak seharusnya diukur dari sudut literal, iaitu copy paste semula ayat dalam buku.

Membaca mencipta kesedaran. Dan kesedaran itu terkumpul dalam minda, bukan kata-kata. Kenapa selalu kita lihat orang men-quote-kan kata-kata tokoh terkenal? Untuk menjawab soalan ini juga aku memetik kata-kata Bak Bugil melalui buku The Reverse Side of Life, "...to say that the author of the book was Joyce means that I am borrowing from James Joyce to say something. It's not through reading Joyce that I realized that the world was a nightmare. This means that before I even knew of Joyce I was already aware that my life in this world was nothing but an agonizing nightmare. It's not that I borrow from James Joyce to utter my words, but rather that I discovered my words in James Joyce. He had spoken before me, in my stead"

Maka, seorang pembaca itu mungkin pendiam namun di kepalanya sebenarnya penuh dengan idea cuma mungkin sukar diterjemahkan dalam perkataan sendiri. Sekurang-kurangnya, katalah dia terjumpa satu terma, "Consumer Power" dalam buku A yang menjelaskan definisinya, maka apabila dia membaca buku B yang menyertakan terma yang sama, tak perlulah dia terhegeh2 google maksud atau tergaru2 cuba memahami apa yg ingin disampaikan penulis buku B.

Dan pembaca yang baik akan memahami bahawa meskipun faham akan isu, tetapi kerana tidak mampu mencari perkataan untuk meluahkan pendapat, adalah lebih baik diam dari menimbulkan lebih banyak kekeliruan.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.