Saturday, March 7, 2015

Review Ringkas Buku "Better By Mistake" oleh Alina Tugend

- Mendefinisikan lebih lanjut maksud 'kesilapan' dan beberapa persepsi masyarakat yang bertindak kontradik dengan pemahaman yang mereka cuba tanamkan contohnya dari ibu bapa berpesan kepada anak bahawa tidak mengapa untuk mereka lakukan kesilapan untuk pembelajaran namun mengamuk apabila si anak terpecahkan pasu, sepahkan mainan dsb.

- Melihat kesilapan dalam aspek pendidikan kanak-kanak, bagaimana membentuk kanak2 supaya develop 'growth-mindset' instead of 'fixed-mindset' dan membentuk mereka supaya melihat kesilapan bukan sebagai suatu kegagalan tetapi memupuk mereka dalam resiliency untuk recover from inevitable ups and downs.

- Memahami perspektif perfectionist, tak semua perfectionist itu negatif bahkan ia merujuk kepada seseorang yg mempunyai standard yang tinggi terhadap sesuatu ( kerja yang berkualiti dan ada nilai, bukan asal siap shj ). Namun perfectionist menjadi berbahaya sekiranya dia bersikap strict, contohnya tak nak hantar asssignment sebab masih rasa tak perfect. Perfectionist tiada masalah namun harus ada flexibiity dan adaptive ability kepada situasi.

- Mengambil beberapa kajian tentang kesilapan dalam bidang kedoktoran, finance dan aviation, cara2 mereka mengurangkan risiko kematian, bagaimana doktor cope-up with mistake they had done with patient, bagaimana seorang pilot harus melepaskan ego dan berkomunikasi jelas dengan krew semasa penerbangan untuk mengelakkan terhempas dsb.

- Membandingkan bagaimana masyarakat perceive kesilapan dalam sistem pendidikan North America dan Japan (Asia). Menarik untuk di point out, dalam buku ini menjelaskan scene dalam cter jepun di mana mengapa selepas peperiksaan, markah semua student dipaparkan di satu tempat umum, tidakkah itu hanya akan memalukan mereka yang mendapat markah rendah? Tidak sebenarnya, they believe they can all help one another learn when they believe they're capable of 'learning' ( maksud 'learning' di sini juga agak panjang dan perlu pembacaan dari buku sendiri ). Ini juga menerangkan kenapa meskipun Jepun adalah negara maju, tetapi tak banyak memenangi Nobel Prize berbanding US (hint: collectivism vs individualism ). Jepun melihat bahawa kejayaan tidak akan dicapai tanpa kegagalan, berlainan dengan North America yang melihat hidup ini adalah satu siri kejayaan demi kejayaan.

- Menerangkan juga tentang science of apology dengan melihat case study dari tokoh2 terkenal dan juga ahli politik tentang bagaimana mereka meminta maaf dari kesilapan mereka kepada umum.

- It's a good read, totally recommended. Buku seperti inilah antara buku yang membuatkan kita rasa meskipun tak dapat travel or study oversea, sedikit sebanyak dapat fahami budaya mereka dan bandingkannya dengan mentaliti masyarakat tempatan.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.