Saturday, January 31, 2015

Teknologi Juga Menghilangkan / Downgrade Sesuatu Dari Kita

Pada pendapat aku sendiri, dan mungkin kebanyakan orang merasainya, teknologi sememangnya mengubah apresiasi manusia akan perkara di sekelilingnya. Persoalan moral akan timbul dan manusia berbondong-bondong akan menjustifikasikan perbuatan mereka, lagipun, manusia mana yang akan lakukan sesuatu perkara jika mereka merasakan perkara itu salah.

Dan sememangnya kita tidak akan dapat lagi dari kemajuan, kerana pada konsep fungsi seseorang manusia, manusia ada mata maka kita melihat, manusia ada sistem pernafasan, maka kita mampu bernafas, dan manusia ada otak yang menjanakan akal fikiran, maka kita berfikir, untuk memudahkan hidup atau mencipta sesuatu yang baru.


Namun, dengan terciptanya sesuatu, pasti menggantikan atau ada sesuatu yang hilang. Straight to the point dan mengkhususkan kepada teknologi media sosial, kita sukar untuk appreciate keindahan sesuatu perkara untuk diri sendiri tetapi mahu mempamerkan keindahan itu kepada orang lain. Ada baiknya, tapi sesetengah keadaan menimbulkan persoalan moral, astetik dan keaslian definisi hubungan.

Peroalan moral? Meh aku belanja satu link,
http://buasirotak.blogspot.com/…/selfie-punca-kita-kurang-b…

Aku pernah ada instagram, tapi sejak ada instagram, apabila aku ternampak sesuatu yang menarik, selalu terfikir sama ada nak upload ke tak dalam insta, ramai tak likers ni nanti. Let say I notice a beautful flower at dawn, instead of appreciating the beauty of the flower along with the surrounding nature as time pass by for myself, I used the time to take the best picture and additional time to edit it to make it super nice to show to all my follower that I've just had a beautiful-dawn-scenery-moments while in reality, all those moments were spent to edit and check the first liker.

Satu lagi, ada sekali tu aku post kat instagram, tiba2 ade member (tak rapat sangat pun, just kenal muka ngan sekolah sama je) yang comment, "aku dah follow ko, so follow me back smile emoticon". It's just.. disturbing, you know. Aku follow akaun yang aku nak follow sebab contentnya menarik perhatian aku, bukan mengharapkan akaun tu follow aku balik. Dah kalau aku follow, apa ko dapat? Banyak follower boleh bagi happiness ke? Berapa banyak dari ratusan follower tu yang akan betul2 call, message, or wassep ko tanya khabar? Is that how a relationship means? Alih2 aku kuatkan keputusan aku (susah beb nak tutup akaun aku yang follower lagi ramai dari following haha hot setap aku), aku tutup instagram dengan twitter. Aku rasa lain macam wo, macam ada sesuatu yang hilang.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.