Tuesday, January 27, 2015

#28

"Nanti abang nak pinjam kamera henfon Farah selalu. Kamera Farah lawa skit"
"Haa, nak amik gamba ape? Sibuk je."
"Aishh, gambar apa-apa je la. Tadi abang pinjam nak amik gamba bookshelf baru tu."
"Buat apa nak amik gamba. Almari je pun.."
" Well, manusia suka mengabadikan perkara yang dia sayang (i love my books).."
"Haah, Farah pun lepas sketching suka amik gamba sketching tu.."
"Haha, hasil kerja sendiri adalah trofi yang terbaik. Biar buruk mana sekalipun hasil kerja itu pada mata orang, kerana kita yang dah usahakan, kita tahu setiap lekuk yang tak sempurna, dan kita akan puas hati. Dari hasil kerja yang buruk itu, kita akan meningkatkan kualiti dan mungkin satu hari nanti hasil kerja itu akan cantik di mata orang. Tapi, pada mata orang yang membuatnya, hasil kerja yang cantik itu tak setanding dengan hasil kerja yang mula2 (buruk) kerana dari permulaan itulah yang cantik itu datang."
(Farah diam dan tersengih. Mungkin bosan dengan abangnya yang suka berfalsafah)
*dari himpunan bookshelf, aku kenal pasti buku mana yang aku suka, mana yang paling banyak beri informasi etc. It's kind of achievement for me and mungkin ia bukan dalam bentuk hasil kerja yang konkrit tapi pengetahuan yang membina setelah selesai menghabiskan satu demi satu buku itu aku interpretasikan sebagai "hasil"
-----------------------------------------------
"But what is it that will make people happy?" continued Giovanni.
"I don't know," Campanella muttered.
"Anyway, we're going to hold on!" said Giovanni with an explosion of breath as if his chest were brimming with new-found energy.
- Kenji Miyazawa's "Night on the Galactic Railroad"

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.