Thursday, January 29, 2015

#31

Satu ketika dahulu, aku dengan seorang member lepak kat Ovalpark UTP, sengaja berbual soal kehidupan, sebagaimana lumrah darah muda. Sembang makin dalam, aku teringat petikan dialog yang aku pernah terbaca, jadi aku cerita kat dia. Hebatnya membaca ni, katalah sepanjang hidup, si A penulis terkenal menulis 3 buku tentang falsafah hidupnya dan aku berjaya khatam 3 buku tersebut plus 1 buku si B yang juga menghasilkan buku power, maka aku lebih hebat dari A sebab semua falsafah yang dia himpun sepanjang hidupnya aku dah grab dalam masa beberapa hari baca. Lebih kuranglah intipatinya, jangan claim tak original pulak cerita ni, memang aku ingat-ingat lupa je ni.

Maka, aku dengan kembang konfidennya me-MLM-kan member aku supaya membudayakan membaca kerana kelebihan yang aku nyatakan tadi. Dia steady diam kejap, nampak sangat tak tergugat dengan produk "Qu Puteh" aku. Kemudian, dia bantah, katanya ( lebih kurang jugak ni, sel otak aku tak berapa nak berhubung ) yang penting bukan kita berjaya habiskan banyak buku, tapi proses yang lebih penting. Susah payah penulis himpunkan kata-kata terbaik dalam satu ayat tak sama macam pembaca membaca sekilas ayat tu sebab penulis je yang merasai kenapa dia tulis ayat tu berdasarkan pengalaman dia. Mungkin jugak ade maksud yang lebih mendalam...( Entah, memang aku lupa apa dia cakap tapi yang penting point 'proses' tu yang aku betul-betul sure dia sebut dan aku raikan serta mengiyakan hujah dia.)

Dan tadi, dalam kereta, masa berbual dengan adik aku lepas nak registerkan dia ke pusat tuisyen, dia cerita yang dia agak tension buat soalan add math sebab tak ada jawapan. I know that feeling, I've been there too. Aku setuju yang dia patut buat soalan yang ada jawapan, kalau tak terkontang la sampai SPM jawapan salah. Tapi, aku jelaskan bahawa habit buat soalan sambil tahu jawapan tu tak bagus. Tak sama dengan kita buat soalan tu usaha sendiri cari jawapan walaupun salah. Sekali lagi, highlight point is process.

Contohnya, kita cuba jawab soalan 1+1 tapi dah tau jawapannya 2, so kita try and error sume formula, mana yang dapat jawapannya 2 tu la formula yang betul. Tapi, kalau cuba jawab soalan 1+1 tu dengan usaha sendiri tapi dapat jawapan 3 atau 4 atau 5 (obviously salah) sekurang-kurangnya kita melalui sendiri proses pencarian tu dan belajar berdikari. Aku memanjangkan nasihat dengan mengatakan bahawa di alam kedewasaan nanti (ecece), jawapan untuk masalah tak di beri, tapi kita kena cari sendiri. Entah kenapa tapi terlintas dalam kepala aku bagi contoh syarikat tumbler, untuk buat tumbler yang orang nak, mana ada tersedia kriteria tumbler terbaik sebab semua orang preference lain-lain. Jadi kita buat survey, test market, kira untung rugi bla3. Bila dah rasa konfiden dengan semua process yang kita jalankan, kita jual.

Mungkin nampak remeh, tapi bagi aku, sekecil-kecil habit boleh jadi personaliti. Mengharapkan semua jawapan assignment ada dalam google, what's even the use of learning? How do you tackle open-ended problem in real life?


"Although we all started life with a Da Vinci—like insatiable curiosity(when we were kids), most of us learned, once we got to school, that answers were more important than questions. In most cases, schooling does not develop curiosity, delight in ambiguity, and question-asking skill. Rather, the thinking skill that’s rewarded is figuring out the “right answer”—that is, the answer held by the person in authority, the teacher. This pattern holds throughout university and postgraduate education, especially in a class where the professor wrote the text. (In a classic study at a top university, summa cum laude graduates were given their same final exams one month after graduation, and they all failed. Researcher Leslie Hart summarized the results: “Final exams are final indeed!”) The authority-pleasing, question-suppressing, rule-following approach to education may have served to provide society with assembly-line workers and bureaucrats, but it does not do much to prepare us for a new Renaissance."

- "How to Think Like Leonardo da Vinci: Seven Steps to Genius Every Day" oleh Michael Gelb

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.