Sunday, April 26, 2015

Puisi Yang Dibiarkan Mencari Maknanya Sendiri

Berterabur aksara di angkasaPetik beberapa buat maknaMakna yang masih dibuai anganDan angan juga berkaca-kacaSukar mencari dasarnyaTenggelam dalam himpunanBait demi baitYang diperbetulkan tiap kaliTapi masih rapuhMenyentuh hati
Maka berserakanlah kamu
Mencari teman ertiLalu bersahabat eratlahMoga-mogaMeski ditenggelami masa Meski cacat satu atau duaTetap (kelihatan) utuh dari jauhDan terbaca walau kemalasanDisaksikan

Saturday, April 25, 2015

Sekitar Aku Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

1. Bangga dapat autograf Tuan Fathi Aris Omar lepas membeli buku beliau, 'Agong Tanpa Tengkolok'. Tapi sayang, penulis hebat ini jika ada yang tak mengenali wajah beliau, kelihatan gayanya sama sahaja seperti bapa-bapa lain, berdiri di tepi booth. Nak mintak sain pun tak perlu bermuay thai jadi Tony Jaa sebab memang tiada orang beratur pun, tak sefemes penulis akbar yang lain. Tapi beginilah aku kira perjuangan seorang penulis, tak perlu pun populariti asalkan idea pemikirannya dilepaskan buat bacaan dan penilaian umum. Beliau kata ada perancangan nak buat diskusi warung di Ipoh, bagus juga, asyik-asyik tonton talk beliau di youtube, nak juga merasa live.


2. Buku sering diasosiasikan dengan kesedaran atau awareness. Cuma, ironi yang sehingga kini aku nampak jelek adalah lambakan plastic bag. Kadang beli satu buku sahaja di booth ini, tapi besar plastic bagnya. Belum lagi beli buku di booth lain-lain pula. Kamon rakyat Malaysia, di insta rajin sokong Earth Day, apa kata kita mula 'walk the talk'? Ramai sahaja yang bawa beg pergi PBAKL, jadi bila di kaunter bayaran, tak perlu minta plastic bag dan masukkan sahaja kemas-kemas dalam beg. Kalau dah dapat plastic bag semasa pembelian buku pertama, elakkan plastic bag lain ketika membeli buku lain dan masukkan sahaja dalam plastic bag pertama tadi. Ada juga yang dapat tote beg free atas pembelian tertentu, jadi terus gunakan beg itu. Sebagaimana kita membaca novel mencintai sesama manusia ( Suamiku Ustaz misalnya ), cintailah juga alam sekitar.

3. Pemandangan di dalam KTM stesen Putra nak balik dari PBAKL tampak seperti masyarakat ilmuwan, ramai yang membuka buku dan membaca.
Alangkah bagusnya kalau budaya membaca ini jadi kebiasaan seharian atau waktu nak keluar hujung minggu naik pengangkutan awam. Tidaklah kita mencetuskan pemikiran isu cetek seperti turunkan salib bahkan moving forward dengan isu lain yang lebih penting.

4. Tahun ni booth ITBM memang best. Ada terjemahan Socrates, Plato, Aristotle, Descartes, Shakespeare, Machiavelli etc. Kalau bukan kerna aku tak dapat lagi BB1M, memang aku dah borong sakan macam booth tu Mydin Klang.

5. Aku teringat kata-kata Haruki Murakami saat dia membisikkannya dalam 'Norwegian Woods', " If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking."

6. KTM rosak di tengah jalan hampir setengah jam, maka aku menulis status ini ( asalnya tulisan ini untuk status facebook aku) bahkan saat dah siap tulis pun masih belum settle lagi. Dan ada orang besar kata Malaysia dah hampir setanding negara-negara maju lain. Yeah.



Wednesday, April 15, 2015

Membaca : Buku Dan Hidup

Last time masa finals untuk semester 1 first year degree aku, aku berasa agak 'ilmuwan' sebab mampu habiskan baca buku TITAS dan Hubungan Etnik dalam masa satu malam respectively untuk jawab exam esoknya. ( Aku memang kaki stay up malam tak tidur kalau esoknya exam, lantaklah mata kuyu ke rasa nak muntah tu semua dah biasa tiap kali final exam. Tapi bila dah lepas exam, fuhh rasa heaven + sayu2 mata nak lelap + lepak mamak jap tengahari sebelum balik tidur )


Memanglah secara jujurnya aku membaca had laju melebihi speedtrack tapi the point is, kalau berkemahuan, tak susah pun sebenarnya nak habiskan baca satu buku dalam masa beberapa hari ( In this case, aku terdesak untuk khatam sebab nak jawab exam ). Aku ada member yang pernah kata dia respect siapa2 yang mampu habiskan baca buku tebal-tebal. For me, kalau isi buku tersebut engaging dan kena dengan minat kita, ratus-ratus muka surat tu tak terasa berat sangatlah.


Susah untuk aku katakan di mana kebaikan membaca itu secara kesan signifikan dalam kehidupan seharian. Bergantunglah kepada buku yang di baca. Ada orang membaca tentang biografi Steve Jobs sedangkan dia seorang guru, jauh sekali bidang tugas dan impak profesion masing-masing. Tapi, tidak bermakna ianya sia-sia, kerana sekurang-kurangnya dalam beberapa sudut seperti nilai kepimpinan Jobs yang berjaya menaikkan semula nama Apple boleh digunakan guru tersebut untuk terus berusaha menaikkan pelajar yang corot, siapa tahu. Output setiap buku berbeza, buku yang aku baca pasti tak sama dengan apa yang orang lain baca bahkan kalau membaca buku yang sama sekalipun, awareness dan nilai yang aku dan orang lain juga mungkin ada beberapa yang berbeza kerana interpretasi dan kefahaman setiap orang berlainan. Begitu juga dengan konstruk pendapat dan pespektif yang aku bina juga akan semakin berbeza dengan kepelbagaian bacaan buku yang lain namun perkara yang mengikat para membaca dalam kesamaan adalah kita belajar sesuatu tentang dunia ini.


Bagi aku, buku memberi erti bahawa manusia masih mencuba untuk menyumbang sesuatu pada atau menghidupkan tamadun. Dengan sama ada menceritakan semula sejarah ilmu, menambahbaik / mengkritik susunan atau ketinggalan sudut penting ilmu tersebut atau langsung memperbaharui ilmu sedia ada. Tak kisahlah ilmu sains, jenayah, falsafah, tutorial design, networking, buku memasak, life experience, motivasi bahkan mungkin status ini sekalipun, mungkin tak semuanya betul dan mungkin tak semuanya salah, apa yang penting kita terus berfikir sebagai kewujudan yang mempunyai akal.


Hidup ni terasa sia-sia jika hanya mengikut rutin kitaran normal manusia. Habis belajar, kerja, kahwin, dapat anak, dapat cucu, meninggal dunia. Banyak benda yang kita pakai dan guna hari ini adalah dari hasil achievement orang lain. Mereka mengerahkan minda dan menghasilkan sesuatu yang unik atau tak pernah ada dan kita menggunakannya. Lalu, apa pula achievement kita? Markah tinggi dalam kelas cuma datang dari apa yang kita tahu melalui silibus yang dihasilkan orang lain ( dalam sesetengah konteks ). Mengapa tidak kita yang menjadi pengembang sesuatu usaha atau ilmu?


Kalau ada orang yang tanya aku, bagaimana nak pupuk minat baca buku, jawapan yang paling fundamental aku boleh bagi ialah, kau kena cari perkara yang membuatkan kau betul-betul ingin tahu lebih lanjut dalam buku tersebut. Misalnya, kau nak tahu bagaimana nama Mao Zedong begitu terkenal, maka carilah buku sejarah yang menceritakan tentang beliau. Janganlah membaca kerana nak nampak cool dengan muka surat yang tebal bagai. Bagi aku, biarlah nipis sekalipun buku tu, asalkan pembacanya faham hampir semua isi buku tersebut adalah lebih baik daripada menghabiskan masa yang banyak membaca tapi kebanyakannya hanya glance through baris demi baris ayat sahaja .


Ini perkara asas dalam hidup, kita akan selalu tertanya-tanya tentang pelbagai perkara di sekeliling kita. Meskipun tak semua perkara jawapannya kita akan jumpa dengan membaca, atau lebih spesifik jalan lain adalah dengan pengalaman, namun kebanyakan buku yang membicarakan tentang sesutau perkara selalunya disertakan dengan bukti yang kukuh dan reliable. Contohnya, antara kajian yang telah dijalankan terhadap beribu orang dengan kata-kata dari pengalaman atuk tentang cara berkomunikasi dengan orang lain, yang mana satu kita akan lebih percaya? Tentu sahaja tidaklah kita nak katakan pengalaman orang yang lebih tua itu salah, namun apabila isu yang sama di bawa dalam bentuk yang lebih serius iaitu dengan kajian, rasanya ia lebih meyakinkan dan menawarkan penjelasan mengapa kesannya sedemikian rupa.


Ada masa, membaca lah kawan. Kumpul duit beli gadget, gadget akan rosak. Harta material tidak akan menjadikan kita manusia, bahkan lebih banyak kita memiliki, lebih banyak yang kita mahu dan nafsu kemahuan tidak akan surut sedangkan duit takkan pernah cukup untuk menampung semua keinginan kita. Dengan ilmu, kau memberi pada orang, kau akan rasa puas tapi tak berkurang pun ilmu itu bahkan menambahkan lagi bila orang lain turut berkongsi buah pandang mereka. Biarkan kau salah dan cari lopong ilmu yang kau lupa atau tak perasan tidak diisi. Bila kau tahu dan berkongsi sesuatu dengan orang lain secara percuma, 'mahal' harganya adalah pada kesedaran dan menjadi orang yang tahu. Seronokkah rasa kalau orang dah sibuk bercakap tentang human rights tapi kita masih terkial-kial tak tahu satu habuk pun tentang isu-isu dunia?


Banyak sumber nak cari buku meskipun tanpa keluarkan duit, paling basic sekali perpustakaan kampus. Rugi sahajalah suka selfie background library tapi berapa banyak sangat buku yang dah dipinjam dan dibaca, lebih-lebih lagi yang dipinjam bukan kerana nak siapkan assignment tapi kerana ikhlas nak tambahkan pengetahuan. Jenguk-jenguklah bilik member kalau-kalau dia ada beberapa buku yang menarik perhatian, tiada masalah rasanya kalau mahu pinjam. Jalan selalu ada, yang penting usaha kita mencari peluang bukan alasan.


Membacalah untuk terus 'hidup', jangan jadi robot yang diakhirnya akan di ganti dengan robot yang lain. Membacalah supaya kita mampu mencari jalan untuk jadi berbeza, yang meskipun bila kita sudah tiada nanti, orang tetap akan mengingati kita.   

“If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking.” - Haruki Murakami, Norwegian Wood

Tuesday, April 14, 2015

Dia Yang Dahulu Di Sini Telah Pergi

Rama-rama merah di angkasa senja
Aku terlihat satu di bahu ketenangan, tak lama dahulu
Garang dan mengasyikkan
Berpindah dari satu bunga ke racun,
Memetik ketegasan, untuk alah pada 
indoktrin jasad kalangannya.

Dan pada jeda ini, ia di bahuku
Cuma sayapnya kini berbilang empat
Selepas selang beberapa deruan angin,
Ia meluncur perlahan
Meninggalkan kami
di pulau ini

Thursday, April 9, 2015

Manifesto Public Mini Library di Oval Park, UTP

Sebagai seorang yang suka membaca, aku tahu rasa bahagianya bila dapat tahu ilmu baru dan menjadi orang yang sedar. Sedar yang dunia ni ada lebih banyak perkara lagi yang boleh difikirkan selain memikirkan siapa bakal isteri atau bermimpi nak kerja gaji besar dan hidup senang sendiri-sendiri. Banyak lagi masalah masyarakat yang aku kira, setelah membaca beberapa buku yang membuka perspektif aku tentang aktivisme, aku jadi rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk sekurang-kurangnya mengusahakan satu kesedaran yang bermanfaat kepada masyarakat daripada sibuk nak pecahkan rekod Malaysia buat kad hari guru terbesar atau bersenam 36 jam tanpa henti.

 Maka, beberapa hari ni aku direnjat sebuah idea menarik yang aku rasa praktikal dan boleh aku jalankan di kampus aku, UTP. Iaitu sebuah public mini library bertujuan untuk 'bawa buku kepada masyarakat'. Ianya sepenuhnya act of volunteerism namun dalam perancangan akan datang, aku meramalkan projek ini akan memerlukan belanja untuk membeli buku-buku baru ( sebab kalau projek ni jadi, aku akan dahulukan koleksi berharga buku-buku aku ) atau menambah fasiliti untuk keselesaan pembaca.

Projek ni aku bagi nama yang aku rasa tak cliche la, "Once Upon A Mini Library in Oval Park UTP". Agak panjang tapi aku dah berkira-kira rupa design banting supaya main point ini adalah 'mini library' tu lebih tertonjol. Setup projek ni aku rancang simple je, cuma beberapa tikar puzzle foam yang macam jigsaw puzzle tu ( supaya senang kalau nak tambah keluasan tikar ), beberapa kotak berisi buku yang dilabel dihadapannya jenis-jenis buku di dalam kotak ( fiksyen / bukan fiksyen / kanak-kanak / islamik etc ), beberapa kerusi lipat untuk mak ayah yang bawak anak ke duduk dan 2 banting untuk penjelasan bahawa tapak itu adalah mini library.

Lokasi projek ni aku rancang untuk diletakkan di sebuah sudut bersebelahan playground yang ada di Oval Park, UTP. Target aku sebenarnya lebih kepada budak-budak dari family yang datang singgah berjalan-jalan di sini, sebab aku percaya pada minat yang dipupuk dari kecil akan membuahkan kekuatan istiqamah dalam pembudayaan membaca sepanjang hayat. Tapi, aku tetap tidak menolak student-student lain yang datang nak membaca, cuma dari segi buku yang aku akan sediakan untuk golongan ini, memang tiadalah novel-novel cintan-cintun macam 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta', 'Projek Memikat Suami' atau 'Suamiku Encik 'Perfect 10′!. No no no. Ruang mini library aku ni ada falsafah sendiri dan walaupun aku tak halang sesiapa pun nak baca apa yang mereka nak, aku pada ketika ini masih skeptis dengan beberapa genre novel-novel melayu.

Antara perancangan idea dalam jangka masa akan datang kalau projek ni dapat sambutan adalah:
- pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak untuk memupuk daya kreativiti ( belum fikir apa aktivit-aktiviti tersebut ).
- Arts Corner di mana aku nak wujudkan satu wall saiz sederhana yang menempatkan poster A3 karya-karya illustrator aku di samping kalau ada orang lain nak letak juga pun boleh,
- Sebuah buku log yang akan catat komitmen kanak-kanak yang hadir membaca buku di situ, dan kalau cukup suatu bilangan kehadiran yang telah ditentukan, kita akan offer free gift macam custom bookmark dengan nama kanak-kanak tersebut dll.
- Pasang muzik instrumental macam jazz atau piano untuk naikkan mood dan rasa sentimental ( idea jiwa jiwang aku haha )
- Buat diskusi dengan member-member yang berminat dalam membicarakan perkara-perkara existential macam projek Socrate Cafe. Side projek ini bertujuan untuk berkongsi pendapat dan tarik member-member yang walaupun tak membaca buku-buku ilmiah yang berat, tetap ada ruang untuk berdiskusi isu-isu kemanusiaan macam 'Apa itu kebahagiaan?', 'Apa itu tanggungjawab' dsb dengan gaya yang lebih serius dan bernas.


Walaupun begitu, ketika post ini ditulis, idea ni semua hanya perancangan dan aku masih menunggu berita dari member aku yang ada cable dengan student yang lebih berpengaruh untuk tanyakan kepada management sama ada perkara ini dibolehkan atau tidak. Aku sangat berharap projek ini akan menjadi sebab tak guna aku banyak membaca dan hanya melihat sisi budaya masyarakat yang kurang aku senangi tanpa berbuat sesuatu atau menawarkan usahan walaupun sekecil projek ini.

Sekurang-kurangnya, andai projek ini tidak direalisasikan, cukuplah aku dah dokumentasikan idea yang aku cuba nak bawa di dalam post yang tak seberapa ni dan kalau ada sesiapa yang terjumpa dan rasa boleh guna idea aku ni untuk dilaksanakan di tempatnya pun aku sudah rasa puas.

Keep reading, everyone.

Sisi Dan Pendirian 'Graphic Design' Aku

Graphic Designing, for me, even though is not in my line of academic study but it does give an impact on how I appreciate simple things in arts and literature. Aku masih ingat saat-saat mula berkenalan dengan photoshop, vegas pro dan after effect di waktu form 4 setelah melihat senior mereka bentuk majalah redaksi dan trailer video yang kreatif. Lantas, aku belajar semuanya secara sendiri, kerana minat untuk menghasilkan sesuatu yang indah dalam bentuk menyampaikan maklumat, ditemani rakan-rakan yang lebih power designing, sehinggalah sekarang bolehlah sikit-sikit buat design itu ini walaupun bukan professional.

Kerana akui sahaja, semua orang sukakan sesuatu yang cantik untuk dilihat. Bahkan maklumat yang rumit juga akan jadi lebih mudah dihadam bila diletakkan dalam proper designing seperti typography, infographic, poster dan sebagainya. Lihat sahajalah member-member insta yang post gambar pasal benda yang tiap-tiap hari kau tenung macam awan, masjid, lorong belakang rumah etc tapi dengan angle cun, tacap filter skit plus caption tak boleh belah, benda biasa camtu pun boleh jadi sesuatu yang cantik dan bermakna. Soul designing bukan hanya milik budak jurusan art tetapi wujud dalam naluri setiap orang.

Jadi, aku agak sensitif kadang-kadang bila ada event yang posternya nampak sangat tergesa-gesa sekadar gitu-gitu buat asalkan siap. Kurang effort dalam advertising. Bagi aku, ia memberikan impression awal yang event tu biasa-biasa je sedangkan it has a lot to offer for people. Poster, kalau kita sendiri pun tak selera nak tengok banyak kali, apatah lagi nak tarik orang lain. Sebab poster tu tiada 'story', untuk engage antara informasi dengan why you should join it. Bukan sahaja poster, bahkan brochure, tagname, banner, all those simple stuffs. Gadget Apple, orang kutuk-kutuk mahal pun semua beratur nak beli, sebab ianya highly aesthetic dan ada sense of purpose kenapa orang patut beli. Main iphone 24 jam pun tak rasa boring because it's beautiful.

Idea designing banyak sangat di internet zaman moden kini. Just try to replicate it back ikut kesesuaian maklumat yang nak disampaikan and nobody going to notice that you plagiarize idea top designer because in the end, even iOS7 flat design pun kinda copy from Microsoft but in enhanced version.

I may not be a person who are suitable to speak this thing up, but at least I always believe that a good design can convey a better information spreading.

Tuesday, April 7, 2015

Kepentingan Bahasa Ibunda Sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa adalah sesuatu yang dekat dengan budaya. Jika kita bercakap dalam bahasa ibunda, kita akan lebih mudah untuk mencernakan ilmu. Ilmu itu tersimpan dalam minda, dan satu-satunya cara untuk menterjemahkannya dalam bentuk yang orang lain mampu faham adalah dengan bahasa yang kita sudah terbiasa dan luas kosa kata.

Sebagai contoh, seorang murid yang sudah biasa dengan bahasa Melayu apabila di dalam kelas Sains di minta untuk menerangkan konsep Boiling Point dan dia tak mampu menjawabnya, kadang bukan kerana dia tak tahu konsepnya tapi kerana dia tak tahu term atau perkataan yang sesuai untuk dijelaskan dalam bahasa Inggeris. Tapi, kemungkinan yang tinggi dia mampu untuk jelaskan konsep itu semula jika dia bebas untuk menggunakan bahasa yang dia sudah biasa, iaitu bahasa melayu. Biarpun jawapan dia tak setepat skema jawapan, tapi kefahaman adalah yang lebih penting, bukan ketepatan membidik term saintifik yang betul.

Contoh ini dapat dilihat dalam sejarah seperti semasa pasca-enlightenment, pemikir-pemikir seperti John Locke dan Thomas Hobbes menulis buku mereka berdasarkan karya sumber yang berbahasa Latin. Mereka terjemahkan dan menulis buku sendiri yang mengembangkan ideologi mereka dalam bahasa sendiri (English), bukannya bahasa Latin semula kerana bila menggunakan bahasa sendiri, mereka dapat terjemahkan apa yang mereka ingin sampaikan di dalam minda dengan tepat dalam bentuk tulisan.

Begitu juga ketika zaman Abbasiyah, di mana bait al-Hikmah menjadi pusat penterjemahan karya asing kepada bahasa arab. Para pemikir arab membuat banyak perbahasan dan pengembangan ilmu lantas menulis buku dalam bahasa arab, bukan bahasa asing kerana mereka faham apa yang mereka katakan dan menulisnya dalam bahasa sendiri, bahasa arab. Dan seterusnya cedokan dari ilmu dunia Islam seperti algebra diterjemahkan kepada bahasa asing dan buku yang mengembangkan ilmu algebra tidak ditulis dalam bahasa arab kembali tapi dalam bahasa asing itu sendiri.

Oleh itu, dalam membangunkan sesebuah negara, adalah perlu untuk membudayakan ilmu kepada seluruh masyarakat, bukannya terhad kepada golongan elit yang reti bahasa asing seperti bahasa inggeris sahaja.

Contoh mudah, kita dapat lihat dalam negara seperti Jepun dan Korea, dianggarkan 20,000 hingga 30,000 buku diterjemah dalam bahasa mereka sendiri setiap tahun. Statistik pula menyatakan kadar membaca tahunan rakyat bagi negara tersebut sangat tinggi dan melihat kepada fakta banyaknya buku diterjemah dalam bahasa ibunda mereka, sudah pasti kita boleh merumuskan bahawa buku yang mereka baca meskipun karya luar negara, tapi kerana ia diterjemahkan dalam bahasa mereka sendiri, mereka dapat faham dan mengembangkan lagi ilmu tersebut lantas membina tamadun bangsa mereka. Di sini, bukan sahaja intelektual atau golongan terpelajar sahaja yang celik ilmu bahkan rakyat biasa juga dapat peluang yang sama untuk faham ilmu tersebut (Negara maju).

Pendidikan yang tak berasaskan bahasa ibunda hanya menjadikan kita 'pengguna ilmu', habis belajar muntahkan balik ilmu di alam pekerjaan, tetapi tak mampu menjadi 'pengeluar ilmu' kerana kesukaran untuk mengembangkan kefahaman ilmu lantaran kekangan menukarkan kefahaman dalam minda kepada bahasa asing (neo-kolonialisme).
Powered by Blogger.