1. Bangga dapat autograf Tuan Fathi Aris Omar lepas membeli buku beliau, 'Agong Tanpa Tengkolok'. Tapi sayang, penulis hebat ini jika ada yang tak mengenali wajah beliau, kelihatan gayanya sama sahaja seperti bapa-bapa lain, berdiri di tepi booth. Nak mintak sain pun tak perlu bermuay thai jadi Tony Jaa sebab memang tiada orang beratur pun, tak sefemes penulis akbar yang lain. Tapi beginilah aku kira perjuangan seorang penulis, tak perlu pun populariti asalkan idea pemikirannya dilepaskan buat bacaan dan penilaian umum. Beliau kata ada perancangan nak buat diskusi warung di Ipoh, bagus juga, asyik-asyik tonton talk beliau di youtube, nak juga merasa live.
2. Buku sering diasosiasikan dengan kesedaran atau awareness. Cuma, ironi yang sehingga kini aku nampak jelek adalah lambakan plastic bag. Kadang beli satu buku sahaja di booth ini, tapi besar plastic bagnya. Belum lagi beli buku di booth lain-lain pula. Kamon rakyat Malaysia, di insta rajin sokong Earth Day, apa kata kita mula 'walk the talk'? Ramai sahaja yang bawa beg pergi PBAKL, jadi bila di kaunter bayaran, tak perlu minta plastic bag dan masukkan sahaja kemas-kemas dalam beg. Kalau dah dapat plastic bag semasa pembelian buku pertama, elakkan plastic bag lain ketika membeli buku lain dan masukkan sahaja dalam plastic bag pertama tadi. Ada juga yang dapat tote beg free atas pembelian tertentu, jadi terus gunakan beg itu. Sebagaimana kita membaca novel mencintai sesama manusia ( Suamiku Ustaz misalnya ), cintailah juga alam sekitar.
3. Pemandangan di dalam KTM stesen Putra nak balik dari PBAKL tampak seperti masyarakat ilmuwan, ramai yang membuka buku dan membaca.
Alangkah bagusnya kalau budaya membaca ini jadi kebiasaan seharian atau waktu nak keluar hujung minggu naik pengangkutan awam. Tidaklah kita mencetuskan pemikiran isu cetek seperti turunkan salib bahkan moving forward dengan isu lain yang lebih penting.
4. Tahun ni booth ITBM memang best. Ada terjemahan Socrates, Plato, Aristotle, Descartes, Shakespeare, Machiavelli etc. Kalau bukan kerna aku tak dapat lagi BB1M, memang aku dah borong sakan macam booth tu Mydin Klang.
5. Aku teringat kata-kata Haruki Murakami saat dia membisikkannya dalam 'Norwegian Woods', " If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking."
0 comments:
Post a Comment