Wednesday, April 15, 2015

Membaca : Buku Dan Hidup

Last time masa finals untuk semester 1 first year degree aku, aku berasa agak 'ilmuwan' sebab mampu habiskan baca buku TITAS dan Hubungan Etnik dalam masa satu malam respectively untuk jawab exam esoknya. ( Aku memang kaki stay up malam tak tidur kalau esoknya exam, lantaklah mata kuyu ke rasa nak muntah tu semua dah biasa tiap kali final exam. Tapi bila dah lepas exam, fuhh rasa heaven + sayu2 mata nak lelap + lepak mamak jap tengahari sebelum balik tidur )


Memanglah secara jujurnya aku membaca had laju melebihi speedtrack tapi the point is, kalau berkemahuan, tak susah pun sebenarnya nak habiskan baca satu buku dalam masa beberapa hari ( In this case, aku terdesak untuk khatam sebab nak jawab exam ). Aku ada member yang pernah kata dia respect siapa2 yang mampu habiskan baca buku tebal-tebal. For me, kalau isi buku tersebut engaging dan kena dengan minat kita, ratus-ratus muka surat tu tak terasa berat sangatlah.


Susah untuk aku katakan di mana kebaikan membaca itu secara kesan signifikan dalam kehidupan seharian. Bergantunglah kepada buku yang di baca. Ada orang membaca tentang biografi Steve Jobs sedangkan dia seorang guru, jauh sekali bidang tugas dan impak profesion masing-masing. Tapi, tidak bermakna ianya sia-sia, kerana sekurang-kurangnya dalam beberapa sudut seperti nilai kepimpinan Jobs yang berjaya menaikkan semula nama Apple boleh digunakan guru tersebut untuk terus berusaha menaikkan pelajar yang corot, siapa tahu. Output setiap buku berbeza, buku yang aku baca pasti tak sama dengan apa yang orang lain baca bahkan kalau membaca buku yang sama sekalipun, awareness dan nilai yang aku dan orang lain juga mungkin ada beberapa yang berbeza kerana interpretasi dan kefahaman setiap orang berlainan. Begitu juga dengan konstruk pendapat dan pespektif yang aku bina juga akan semakin berbeza dengan kepelbagaian bacaan buku yang lain namun perkara yang mengikat para membaca dalam kesamaan adalah kita belajar sesuatu tentang dunia ini.


Bagi aku, buku memberi erti bahawa manusia masih mencuba untuk menyumbang sesuatu pada atau menghidupkan tamadun. Dengan sama ada menceritakan semula sejarah ilmu, menambahbaik / mengkritik susunan atau ketinggalan sudut penting ilmu tersebut atau langsung memperbaharui ilmu sedia ada. Tak kisahlah ilmu sains, jenayah, falsafah, tutorial design, networking, buku memasak, life experience, motivasi bahkan mungkin status ini sekalipun, mungkin tak semuanya betul dan mungkin tak semuanya salah, apa yang penting kita terus berfikir sebagai kewujudan yang mempunyai akal.


Hidup ni terasa sia-sia jika hanya mengikut rutin kitaran normal manusia. Habis belajar, kerja, kahwin, dapat anak, dapat cucu, meninggal dunia. Banyak benda yang kita pakai dan guna hari ini adalah dari hasil achievement orang lain. Mereka mengerahkan minda dan menghasilkan sesuatu yang unik atau tak pernah ada dan kita menggunakannya. Lalu, apa pula achievement kita? Markah tinggi dalam kelas cuma datang dari apa yang kita tahu melalui silibus yang dihasilkan orang lain ( dalam sesetengah konteks ). Mengapa tidak kita yang menjadi pengembang sesuatu usaha atau ilmu?


Kalau ada orang yang tanya aku, bagaimana nak pupuk minat baca buku, jawapan yang paling fundamental aku boleh bagi ialah, kau kena cari perkara yang membuatkan kau betul-betul ingin tahu lebih lanjut dalam buku tersebut. Misalnya, kau nak tahu bagaimana nama Mao Zedong begitu terkenal, maka carilah buku sejarah yang menceritakan tentang beliau. Janganlah membaca kerana nak nampak cool dengan muka surat yang tebal bagai. Bagi aku, biarlah nipis sekalipun buku tu, asalkan pembacanya faham hampir semua isi buku tersebut adalah lebih baik daripada menghabiskan masa yang banyak membaca tapi kebanyakannya hanya glance through baris demi baris ayat sahaja .


Ini perkara asas dalam hidup, kita akan selalu tertanya-tanya tentang pelbagai perkara di sekeliling kita. Meskipun tak semua perkara jawapannya kita akan jumpa dengan membaca, atau lebih spesifik jalan lain adalah dengan pengalaman, namun kebanyakan buku yang membicarakan tentang sesutau perkara selalunya disertakan dengan bukti yang kukuh dan reliable. Contohnya, antara kajian yang telah dijalankan terhadap beribu orang dengan kata-kata dari pengalaman atuk tentang cara berkomunikasi dengan orang lain, yang mana satu kita akan lebih percaya? Tentu sahaja tidaklah kita nak katakan pengalaman orang yang lebih tua itu salah, namun apabila isu yang sama di bawa dalam bentuk yang lebih serius iaitu dengan kajian, rasanya ia lebih meyakinkan dan menawarkan penjelasan mengapa kesannya sedemikian rupa.


Ada masa, membaca lah kawan. Kumpul duit beli gadget, gadget akan rosak. Harta material tidak akan menjadikan kita manusia, bahkan lebih banyak kita memiliki, lebih banyak yang kita mahu dan nafsu kemahuan tidak akan surut sedangkan duit takkan pernah cukup untuk menampung semua keinginan kita. Dengan ilmu, kau memberi pada orang, kau akan rasa puas tapi tak berkurang pun ilmu itu bahkan menambahkan lagi bila orang lain turut berkongsi buah pandang mereka. Biarkan kau salah dan cari lopong ilmu yang kau lupa atau tak perasan tidak diisi. Bila kau tahu dan berkongsi sesuatu dengan orang lain secara percuma, 'mahal' harganya adalah pada kesedaran dan menjadi orang yang tahu. Seronokkah rasa kalau orang dah sibuk bercakap tentang human rights tapi kita masih terkial-kial tak tahu satu habuk pun tentang isu-isu dunia?


Banyak sumber nak cari buku meskipun tanpa keluarkan duit, paling basic sekali perpustakaan kampus. Rugi sahajalah suka selfie background library tapi berapa banyak sangat buku yang dah dipinjam dan dibaca, lebih-lebih lagi yang dipinjam bukan kerana nak siapkan assignment tapi kerana ikhlas nak tambahkan pengetahuan. Jenguk-jenguklah bilik member kalau-kalau dia ada beberapa buku yang menarik perhatian, tiada masalah rasanya kalau mahu pinjam. Jalan selalu ada, yang penting usaha kita mencari peluang bukan alasan.


Membacalah untuk terus 'hidup', jangan jadi robot yang diakhirnya akan di ganti dengan robot yang lain. Membacalah supaya kita mampu mencari jalan untuk jadi berbeza, yang meskipun bila kita sudah tiada nanti, orang tetap akan mengingati kita.   

“If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking.” - Haruki Murakami, Norwegian Wood

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.