Thursday, April 9, 2015

Manifesto Public Mini Library di Oval Park, UTP

Sebagai seorang yang suka membaca, aku tahu rasa bahagianya bila dapat tahu ilmu baru dan menjadi orang yang sedar. Sedar yang dunia ni ada lebih banyak perkara lagi yang boleh difikirkan selain memikirkan siapa bakal isteri atau bermimpi nak kerja gaji besar dan hidup senang sendiri-sendiri. Banyak lagi masalah masyarakat yang aku kira, setelah membaca beberapa buku yang membuka perspektif aku tentang aktivisme, aku jadi rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk sekurang-kurangnya mengusahakan satu kesedaran yang bermanfaat kepada masyarakat daripada sibuk nak pecahkan rekod Malaysia buat kad hari guru terbesar atau bersenam 36 jam tanpa henti.

 Maka, beberapa hari ni aku direnjat sebuah idea menarik yang aku rasa praktikal dan boleh aku jalankan di kampus aku, UTP. Iaitu sebuah public mini library bertujuan untuk 'bawa buku kepada masyarakat'. Ianya sepenuhnya act of volunteerism namun dalam perancangan akan datang, aku meramalkan projek ini akan memerlukan belanja untuk membeli buku-buku baru ( sebab kalau projek ni jadi, aku akan dahulukan koleksi berharga buku-buku aku ) atau menambah fasiliti untuk keselesaan pembaca.

Projek ni aku bagi nama yang aku rasa tak cliche la, "Once Upon A Mini Library in Oval Park UTP". Agak panjang tapi aku dah berkira-kira rupa design banting supaya main point ini adalah 'mini library' tu lebih tertonjol. Setup projek ni aku rancang simple je, cuma beberapa tikar puzzle foam yang macam jigsaw puzzle tu ( supaya senang kalau nak tambah keluasan tikar ), beberapa kotak berisi buku yang dilabel dihadapannya jenis-jenis buku di dalam kotak ( fiksyen / bukan fiksyen / kanak-kanak / islamik etc ), beberapa kerusi lipat untuk mak ayah yang bawak anak ke duduk dan 2 banting untuk penjelasan bahawa tapak itu adalah mini library.

Lokasi projek ni aku rancang untuk diletakkan di sebuah sudut bersebelahan playground yang ada di Oval Park, UTP. Target aku sebenarnya lebih kepada budak-budak dari family yang datang singgah berjalan-jalan di sini, sebab aku percaya pada minat yang dipupuk dari kecil akan membuahkan kekuatan istiqamah dalam pembudayaan membaca sepanjang hayat. Tapi, aku tetap tidak menolak student-student lain yang datang nak membaca, cuma dari segi buku yang aku akan sediakan untuk golongan ini, memang tiadalah novel-novel cintan-cintun macam 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta', 'Projek Memikat Suami' atau 'Suamiku Encik 'Perfect 10′!. No no no. Ruang mini library aku ni ada falsafah sendiri dan walaupun aku tak halang sesiapa pun nak baca apa yang mereka nak, aku pada ketika ini masih skeptis dengan beberapa genre novel-novel melayu.

Antara perancangan idea dalam jangka masa akan datang kalau projek ni dapat sambutan adalah:
- pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak untuk memupuk daya kreativiti ( belum fikir apa aktivit-aktiviti tersebut ).
- Arts Corner di mana aku nak wujudkan satu wall saiz sederhana yang menempatkan poster A3 karya-karya illustrator aku di samping kalau ada orang lain nak letak juga pun boleh,
- Sebuah buku log yang akan catat komitmen kanak-kanak yang hadir membaca buku di situ, dan kalau cukup suatu bilangan kehadiran yang telah ditentukan, kita akan offer free gift macam custom bookmark dengan nama kanak-kanak tersebut dll.
- Pasang muzik instrumental macam jazz atau piano untuk naikkan mood dan rasa sentimental ( idea jiwa jiwang aku haha )
- Buat diskusi dengan member-member yang berminat dalam membicarakan perkara-perkara existential macam projek Socrate Cafe. Side projek ini bertujuan untuk berkongsi pendapat dan tarik member-member yang walaupun tak membaca buku-buku ilmiah yang berat, tetap ada ruang untuk berdiskusi isu-isu kemanusiaan macam 'Apa itu kebahagiaan?', 'Apa itu tanggungjawab' dsb dengan gaya yang lebih serius dan bernas.


Walaupun begitu, ketika post ini ditulis, idea ni semua hanya perancangan dan aku masih menunggu berita dari member aku yang ada cable dengan student yang lebih berpengaruh untuk tanyakan kepada management sama ada perkara ini dibolehkan atau tidak. Aku sangat berharap projek ini akan menjadi sebab tak guna aku banyak membaca dan hanya melihat sisi budaya masyarakat yang kurang aku senangi tanpa berbuat sesuatu atau menawarkan usahan walaupun sekecil projek ini.

Sekurang-kurangnya, andai projek ini tidak direalisasikan, cukuplah aku dah dokumentasikan idea yang aku cuba nak bawa di dalam post yang tak seberapa ni dan kalau ada sesiapa yang terjumpa dan rasa boleh guna idea aku ni untuk dilaksanakan di tempatnya pun aku sudah rasa puas.

Keep reading, everyone.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.